send link to app

Hidayah


4.2 ( 6592 ratings )
Zakelijk Boeken
Developer: Lau Kiong
Gratis

Pendahuluan :-

Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Rasulullah s.a.w, kaum keluarga baginda, para sahabat dan mereka yang menjejaki baginda sehinggalah ke hari kiamat.

Dunia yang kita diami bersama ini seolah-olah menjanjikan suatu cabaran yang menuntut setiap individu muslim itu lebih prihatin dan bertanggungjawab melangsungkan kehidupan yang sementara ini penuh bermakna.

Ini bererti arus globalisasi itu sudah semestinya mengandungi pelbagai persoalan yang sukar dijawab tanpa pengorbanan dan kesabaran yang jitu. Ianya bukan laungan slogan dan ucapan membakar semangat tetapi ia adalah lebih daripada itu.

Sesunguhnya kita tiada jalan lain untuk terus meletakkan umat Islam ini berjaya di dunia dan akhirat hanya malalui sifat taqwa. Ini dinyatakan melalui firman Allah s.w.t dalam al-Quran. Justeru itu, usaha kita menerusi di pelbagai bidang dan lapangan hendaklah perlaksanaan dan matlamat menjurus ke arah ketakwaan.

Berdasarkan tuntutan ini, menjadi suatu kewajipan melalui media cetak dan media elektronik menyebarkan ilmu serta menyemaikan sifat takwa itu. Ertinya tugas ini bukanlah mudah memandangkan bahan bercetak yang berleluasa di pasaran hanya yang memenuhi kehendak nafsu semata-mata, sedangkan ke arah ketakwaan sekadar di pinggiran. Ini semua adalah suatu fenomena yang wajar diatasi agar kecemerlangan masa depan masyarakat akan tercapai kerana ianya adalah matlamat kita bersama.

Untuk memenuhi tuntutan itu tentunya arus glabalisasi ini merupakan cabaran utama yang masti dipandang serius sebelum peranan media itu dapat memberi perubahan kepada minda, budaya don jiwa masyarakat secara total.

Kecambahan yang dilihat di dalam bidang media kini adalah suatu petanda bahawa industri media mengambil peranan aktif dalam arus kebangkitan Islam. Namun, di celah-celah ltu masih tardapat unsur-unsur yang tidak diingini menjadi fokus meraih keuntungan sematamata tanpa melibat kepada kemusnahan moral dan peradaban.

Di tengah susana ini, mampukah organisasi yang mempelopori media dakwah mengekalkan reputasinya di dalam usaha yang berterusan menegakkan kebenaran dan membangkitan kesedaran masyarakat ke arah tanggungjawab terhadap agama, masyarakat dan negaranya?

Kita mengharapkan sikap baru masyarakat kita di dalam menjadikan media sebagai penggerak ke arah kecemerlangan hidup di dunia dart akhirat. Wallahualam.

Di saat industri penerbitan menghadapi kemelut yang berpanjangan, di ketika pasaran dan permintaan yang tidak menentu malah masa depan yang tidak menjanjikan apa-apa, dia sedar dari lamunan untuk mencari arah dan matlamat di dunia yang sementara ini.


Berbekalkan pengelaman lalu sebagai agen pengedar bahan-bahan penerbitan dengan satu iltizam, yang memuncak maka pada awal 90-an beliau telah manubuhkan organisasinya sendiri yang diberikan nama Al-Hidayah Publisher. Sememangnya di waktu itu terlalu kerdil dibandingkan gergasi penerbitan yang lebih lama tersohor. Namun itu juga bukan penghalang untuk mengulangi sejarah umat yang lampau.

Tuan Hj Kamaruddin bin Hj Ibrahim, insan yang bertanggungjawab memastikan segala perancangan dilaksanakan sehingga dapat mencapai matIamatnya.

Beliau yang mendapat pendidikan awal serta dibesarkan di Pulau Pinang kini berdiri teguh merealisasikan falsafah hidup sebagai orang dakwah dikenali di dalam dunia penerbitannya.

Bagi orang penerbit, bukan saja media bercetak malah media-media yang lainnya sentiasa berhadapan dengan risiko yang tinggi di dalam apa keadaan. Meskipun berhati-hati, kadang-kadang tidak dapat dikawal hingga merugikan.

Namun apapun risiko, sudah tentunya orang berniaga pasti harus tabah di samping mengharapkan ehsan dari Tuhannya agar segala rintangan itu dapat dilalui dengan hati yang redha.